Seorang
jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama
suci kita, Islam.
Pertama kali aku mendengar bicara mengenai
Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa
yang diperkatakan oleh mereka.
Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar
tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja.
Hari itu sepasang suami isteri datang membawa
seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku
memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam
keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti
mengalir.
Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu
sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh,
mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak reda menangis
dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih.
Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari
jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku
teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat
bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk
menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku?
Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami
isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan
sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengkagumkan aku ialah si isteri. Apa
masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri
memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan
muda dan cantik? Kenapa?
Itulah persoalan yang berlegar di dalam
benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu
sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung
dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita
tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu
berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir
tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.
Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu,
aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan
itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu
terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa
Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita
berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa.
Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil.
Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak
ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada
sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah
membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku.
Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai
anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan
berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan
daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan
keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu
dan bapa.
Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga
baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku
sentiasa doakan kesejahteraan mereka.
SUMBER.
izin copas.
ReplyDelete