Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya,
tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah”
hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:
(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi
material.Jangan terlalu bakhil.
(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan
bersegera tanpa ia meminta tolong.
(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.
(4) Menutup segala kea’ibannya.
(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya,
dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.
(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya,
janganlah ia mendengarnya.
(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau
sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.
(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia
bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.
(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.
(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai,
bukan gelaran yang buruk.
(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan,
hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.
(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya
sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.
(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan
yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.
(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli
atau menempelaknya.
(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa
hidupnya dan selepas matinya.
(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya
kemudian dari matinya.
(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya
supaya senang hatinya.
(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang
didapati oleh sahabatnya.
(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang
menimpa sahabatnya.
(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan
sahabatnya.
(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah
ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya,
hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.
(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya,
hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk
memuliakannya.
(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam
seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia
memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan
sahabatnya.
PILIH SAHABAT
Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita
dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir,
hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:
(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita
bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada
perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan
yang bodoh.
(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi
perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak
perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu
mazmumahnya.
(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan
orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari
kejahatannya.
(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat
dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang
membunuh diri kita.
(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan
perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri
orang munafiq.
KATEGORI SAHABAT
Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:
(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita
memerlukannya setiap waktu.
(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak
diperlukan ketika sihat.
(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya
sekali-kali bahkan
kita perlu menjauhinya
{Rujukan kitab Hidayatus-Salikin karangan Syeikh Abdu
Somad Al-Palembangi}
SUMBER.
Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's Cherokee 구리 출장마사지 Casino Resort is located in the 창원 출장샵 mountains off 김해 출장마사지 Interstate 35 and about 1.3 공주 출장마사지 miles (2 km) from the Great Smoky Mountains of Western 남양주 출장안마 North Carolina.