Thursday 7 March 2013

(2) ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM


ADAB BERPAKAIAN



Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
1    Memakai pakaian yang bersih

Berdoa ketika hendak berpakaian

Memulakan dari anggota kanan

Membaca “bismillah” sebelum berpakaian

Menanggalkan dari sebelah kiri

Menjaga kebersihan pakaian


DOA BERPAKAIAN

بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا هُوَ لَهُ ، وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ


MAKSUDNYA : YA ALLAH!! AKU MEMOHON KEBAIKAN PAKAIAN INI DAN KEBAIKAN YANG DIJADIKAN UNTUKNYA, DAN AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN PAKAIAN INI DAN KEJAHATAN YANG DIPERBUATKAN UNTUKNYA

HUKUM BERPAKAIAN
     
      Hukum berpakaian menutup aurat adalah wajib
Menutup aurat mengikut hukum syarak ialah :-
BAGI LELAKI      
Dari pusat hingga ke lutut

BAGI PEREMPUAN
seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan

CIRI-CIRI PAKAIAN MENGIKUT HUKUM ISLAM
*      Sederhana
*      Bersih dan kemas
*      Mestilah menutup aurat
*      Warna yang sesuai dan selesa

JENIS PAKAIAN YANG DIGALAKKAN DALAM ISLAM

  DI RUMAH
-          Pakaian yang tidak menjolok mata dan sesuai dengan keselesaan di rumah

  DI SEKOLAH
-          Uniform sekolah, tidak mendedahkan aurat dan mestilah mengikut peraturan berpakaian di sekolah

  DI MASJID
-          Pakaian yang bersih dan sesuai untuk solat
-          Seeloknya memakai bau-bauan

  UNTUK BERSUKAN
-          Pakaian yang sesuai untuk bersukan dan tidak ketat dan jarang

  DI MAJLIS ATAU TEMPAT AWAM
-          Berpakaian sopan dan tidak menunjuk-nunjuk

TUJUAN MENJAGA ADAB BERPAKAIAN


1-      Dapat mendisiplinkan diri
2-      Menjaga maruah
3-      Terhindar daripada berlaku maksiat
4-      Mendapat pahala dan rahmat ALLAH S.W.T


HIKMAH BERADAB KETIKA BERPAKAIAN

*      Kelihatan bersih dan kemas
*      Kelihatan sopan dan dihormati masyarakat
*      Disukai ALLAH S.W.T
*      Melambangkan keperibadian seseorang
*      Menjadi muslim atau muslimah yang di contohi


ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim!!

SUMBER.



No comments:

Post a Comment