Rasulullah saw pernah ditanya tentang sebab yang paling
banyak mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan
akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab yang paling banyak
mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan.
(HR. Tirmidzi)
Sebab tu kita lahir dengan 2 mata, 2 talinga tetapi hanya
1 mulut supaya kita lebih banyak melihat dan mendengar daripada bercakap.
Pepatah melayu pun ade mengatakan “kerana mulut badan binasa”. Oleh kerana kita
semua tak nak binasa ‘di sana’ nanti akibat mulut kita, jom belajar adab
bercakap.
1) Semua perkataan mestilah
membawa kebaikan
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW
bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
2) Bercakap mestilah jelas dan
mudah difahami
Aisyah berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu
jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya”
(Hadis riwayat Abu Daud)
3) Rendah diri dan menjauhi sikap
berdolak dalih
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap
dan bersifat sombong dalam bercakap”
(Hadis riwayat Tarmizi- hadis Hassan)
4) Menghindari banyak bercakap,
kerana khuatir membosankan orang yang mendengar.
Seperti dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il :
“Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap
hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu
Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu
Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya
aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian
pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR
Muttafaq’alaih)
5) Bercakap benar dan menghindari
dari menyatakan yang dusta
Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun
yang benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab”
“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta,
jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.”
(HR Bukhari)
6) Mengulangi kata-kata yang
penting, jika diperlukan
Anas berkata apabila Rasulullah SAW bercakap, maka
baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi
faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda akan
mengucapkan salam 3 kali”
(HR Bukhari)
7) Menjauhi perdebatan sengit
Sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah
mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. :
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang
menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga
bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah
di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
(HR Abu Daud)
8) Menjauhi kata-kata keji,
mencela dan melaknat.
Sabda Rasulullah SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka
mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
(HR Tirmidzi dengan sanad sahih)
9) Menghindari banyak membuat
lawak.
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di
hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
(HR Bukhari)
10) Menghindari ghibah (mengumpat) dan mengadu
domba.
Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian saling
mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling
berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah
kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah
yang bersaudara.”
(HR Muttaafaq’alaih)
11) Jangan menghina atau mengaibkan orang
lain.
Sabda Rasulullah SAW:“Jika seseorang menceritakan suatu
hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk
menjaganya.”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat: ayat 12)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menutup aib
saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”
(riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).
12) Mengucapkan “insyaAllah” terhadap sesuatu
rancangan atau sesuatu yang belum pasti.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu:
"Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan
menyebut): "Insya Allah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa
dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang
lebih dekat kebenarannya daripada ini."
(Al-Kahfi,18: 23- 24)
SUMBER.
terbaikkk info
ReplyDeletenanti jemput jalan-jalan di blog saya http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/
Bagus perkongsian...
ReplyDeleteBagus perkongsian...
ReplyDeleteIzinkan saya copy.
ReplyDeletemohon share yea..t.kasih..
ReplyDeletetq...sy akan cube skit2 menjaga adab dlm percakapan
ReplyDeleteHai, boleh tolong check balik hadis yang ditulis di sini. Sebab contoh hadis ni:
ReplyDeleteSesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
(HR Bukhari)
Tak dijumpai di sahih Bukhari. Takut takut hadis palsu.